Tuesday, November 11, 2008

Andai Pohon Beringin Itu Mampu Berbicara

Tasik itu cantik air-nya. Biru dan jernih. Orang Kedah bilang 'crystal clear'. Nampak ikan, nampak dasar. Tempat bermain itik dan angsa. Juga burung flamingo.

Sepohon beringin di tepi tasik itu. Berdekad berdiri menjadi penunggu si tasik. Akarnya mencengkam tanah, daun-nya menjulang mendongak langit. Rendang dan rimbun. Jadi tempat berteduh dan bersandar.

Sepohon beringin di tepi tasik itu. Menjadi saksi pelbagai kisah. Kisah manusia dan bangsa. Yang mungkin lupa niat dan tujuan hidup. Atau yang hanyut dengan candu duniawi.

Di perdu pohon beringin di tepi tasik itu. Pernah menjadi sarang mayat hidup. Yang datang menyuntik serbuk khayal. Mereka berkulit sawo matang bermata coklat. Bercakap bahasa yang sama. Pohon beringin tahu mereka sebangsa. Tapi pohon beringin tidak tahu bangsa apa.

Di perdu pohon beringin di tepi tasik itu. Pernah menjadi tempat beradu si bayi terbuang. Si kecil yang lahir kerana keterlanjuran uda dan dara. Yang menuruti nafsu dan menghenyak akal serta iman di kepala lutut mereka. Pohon beringin menjadi saksi. Si ibu itu berkulit sawo matang. Bercakap bahasa yang sama seperti mayat hidup itu. Tapi pohon beringin tidak tahu bangsa apa-kah itu.

Di perdu pohon beringin di tepi tasik itu. Berdiri segak lelaki separuh abad usia. Berucap dan berhujah di hadapan pengikut-pengikutnya. Berdegar-degar pidato si lelaki itu.
Perjuangan bangsa!
Pembasmian kemiskinan!
Pertahan-kan ketuanan bangsa!
Berapi-api sekali manusia yang berhimpun itu mendengar-nya.

Di perdu pohon beringin di tepi tasik itu juga. Lelaki tadi pernah datang. Menerima suapan daripada para kroni dan kabel-nya. Menjual subsidi baja. Menebalkan saku kontang-nya dengan wang rakyat. Dan pelbagai urusan korupsi yang jijik dan kotor. Lupa si lelaki tadi pada neraca mizan. Lupa juga dia pada penjaga di kedua bahu-nya. Lupa segala-nya. Hanya kelihatan perkataan ringgit di kedua mata. Berpusing silih berganti. Seperi permainan Jackpot di Las Vegas. Atau di Genting Highland untuk versi tempatan-nya. Pohon beringin masih ingat si lelaki itu. Pohon beringin masih berteka-teki. Lelaki itu juga berkulit sawo matang dan bertutur bahasa yang sama. Sama seperti si ibu dan mayat hidup dahulu.

Mim lam alif ya wau. Itu yang si ustaz berkopiah putih pernah eja-kan. Semasa mengajar kepada murid-nya. Di perdu pohon beringin ini. Ya, ustaz itu juga berkulit sawo matang dan bercakap bahasa yang sama. Sama dengan si lelaki, si ibu dan mayat hidup itu.

Di perdu pohon beringin di tepi tasik itu. Di ketika yang lain. Datang lagi sekumpulan lelaki. Bawa kemenyan, bawa ayam, bawa pulut kuning. Apa tujuan semua ini? Aku pohon beringin. Aku hanya berfotosintesis. Aku tidak reti menyuap pulut kuning dan mengunyah ayam. Lelaki pembawa kemenyan itu membaca sesuatu. Baru pohon beringin tahu. Mereka sedang meminta nombor ekor. Mereka fikir aku ini siapa? Dewa? Tuhan kamu? Tauke Magnum?

Yang bisa menurunkan sebarang nombor pada kalian? Si pohon beringin ketawa. Memikir-kan betapa pelik-nya bangsa ini. Mereka mengaku sebangsa dengan si ustaz tadi. Mereka mengaku Islam. Mereka kata mahu masuk syorga. Tapi mereka tidak langsung membina tangga ke pintu syorga.

Lucu. Sungguh lucu. Sampai keluar air mata si pohon beringin tertawa. Satu hari datang lagi sekumpulan manusia. Juga berkulit sawo matang dan bermata coklat. Hidung kemek. Dari jauh sudah membuat bising. Mengacau lena si pohon beringin. Apa pula kali ini?

“Pokok ni-lah punca segala-nya!” teriak seorang lelaki.

“Eh, apa yang aku sudah buat?” pohon beringin kehairanan.

“Kat pokok ni-lah mat pet-mat pet tu hisap dadah! Budak-budak ‘couple’ tu beromen! Buang anak kat sini! Sekarang dah jadi tempat orang menurun nombor ekor pulak! Sebelum jadi lagi teruk, sebelum jadi tempat orang sembah, baik kita laku-kan sesuatu!” teriak seorang lagi lelaki lain.

“Kita tebang saja pokok ni !!!”

“Ya, kita tebang saja pokok ni !!!” balas yang lain. Tanpa usul periksa. Bertuhan-kan emosi dan nafsu amarah.

“Apa-kah kalian sudah gila?? Mana mungkin aku yang jadi punca segala-nya? Aku tak buat apa. Aku tak salah,” bentak si pohon beringin.

Thupp !!

Batang kapak sudah mula melekat di batang pohon beringin itu.
Lelaki-lelaki itu tidak mendengar bicara si pohon beringin.

Thupp ! Thupp ! Thupp !

Belahan kapak datang hinggap silih berganti.

“Aduh, sakit! Hentikan! Tolong hentikan! Apa salah aku?? Aku tiada kena-mengena dalam ini gambar ! Arghh !!!” teriak si pohon beringin.

Thupp! Thupp ! Thupp !

“Arghh!!!

Kraaakkk !!! Thummm !!

Si pohon beringin itu tumbang akhir-nya. Tumbang bersama kenangan dan saksi kepada gelagat dan kelakuan satu bangsa. Bukan niat si pohon beringin untuk mengutuk bangsa itu. Tapi pohon beringin mahu mereka sedar. Sudah jauh mereka terpesong dari jalan ke syorga idaman mereka itu. Cukup-lah dengan maksiat dan noda. Cukup-lah bercakaran sesama sendiri. Tanah ini kecil sahaja. Pohon beringin bimbang datang bala dari yang di atas. Bala yang bisa menarik semua nikmat yang di beri ini sekelip mata sahaja. Dan bala ini turun tanpa mengira siapa. Semua kena. 'Fair and square!'

15 comments:

Palie said...

waahh yoe.. bagus la entry mu kali nie.. menarik2.. mcm sajak pun ade nie.. meh aku ciplak, pastu aku publishkan..leh? aku kasik la mu royalti rm10.. amacaam? hehehee..

Afida Anuar said...

palie palie..tak abis2 nak ciplak. Inilah M.E.L.A.Y.U, best sket nk ciplak. eheh. Kan yoe kan? jangan marah palie..guro jek.. eheh...

Bangsa M.E.L.A.Y.U. Bangsa aku, bangsamu dan bangsa kita. Apa yang mampu kita buat untuk menyembuhkan bangsa M.E.L.A.Y.U yang semakin 'nazak' ni? fikir2kan..

saizulhafiz said...

yeah...aku suka gaya yoe.bernas..erm kali ni xde gmbr lukisan ke..rindu lukisan

saizulhafiz said...

again bernas dan best..tp xde gmbr.rindu lukisan ko yoe.hahaha

-reha- said...

tp knp semua mcm kenangan sedih aje pd pokok beringin tu??

takkan xde saat bahgia kot??

miezi said...

aku semakin suka blog ko!!
u serve something good :)

Palie said...

ape plak.. dlm surat beranak aku die tulis "Keturunan : Cina"..

Anonymous said...

kalau aku cikgu karangan kamu, aku bagi A++ sebab karangan kamu baik. keep up the good work. nanti kamu boleh berkawan baik dengan seorang lagi faveret student cikgu, Afida.

a.r.e.|.a.n.z said...

damn.. hebat siot entry ko ni.. insaf gak la aku (walaupun aku xbuat perkara2 yg dinyatakan)..
ko bole pegi jauh.. siyes.. bkn just blog @ internet.. mybe ni profession yg lebih sesuai..
(dah puji lebey2 ni, tekak rasa haus la plak :p)

unicorn said...

palie : rm10? boleh laa..lepas la aku nak buat makan nasik beriani gam

afida : byk idea dah di utarakan. tapi perlaksanaan tarak. kalau ade pun, byk diselewengkan.

saizul :terima kasih. lukisan xde laa kali ni. idea tak dtg. lagipun kalau selalu lukis, nanti boring pulak.

reha : kebahagiaan tu ade.tp skg bnyk kesedihan dan kebimbangan. sebelum jd makin teruk dan nazak, baik kita beringat.

miezi : terima kasih. i take that as my social responsibility. ade ilham, boleh la menulis. bile kita nak lepak pekena kopi sama-sama?

palie : kalo camtu, entry kali x ditujukan utk ko laa..hehe

niwtode : baik, cikgu.

a.r.e.|.a.n.z : apsal nick ko selalu menyusahkan aku nak menaip? aku dah agak dah, tulis pjg2 ni, sure ko rase haus punya. kalo haus, dtg la pantry ofis aku. aku belanje minum. ckp je nak minum ape. milo, kopi, mocca, cappucino, soya selasih..semua ada.

Hafeez N. said...

Pokok tu mesti jadi tempat tadahan org buang air kecil kan?

haha!

Anonymous said...

yoe, apa kata cuba tulis puisi pula? tulisla puisi cinta. aku mahu baca - edot

wr@ said...

best...syabas mere bete.
cian pohon beringin tu.ia tidak bersalah.macam bila orang kata cinta monyet.'monyet' tu tak bersalah pon.hehe

unicorn said...

hafeez : boleh jadi gak laa..sbb ade sket bau hancing di situ

niwtode : aku takut kalau tulis puisi cinta, ramai yang xnak bercinta pulak kang..haha. nanti-nanti la, kalau ada ilham aku tulis. susah bab-bab cintan-cintun ni

wr@ : betul. kita selalu menolak dosa pada sesuatu yg tidak berdosa. selain drpd monyet, aku pun kesian kat lembu. kalau bodoh, msti org ckp mcm lembu. apsal eh? pasal die x hensem kot?

Qilah said...

pandainya mengarang.. keep it up! surely will red more!!