Sunday, November 16, 2008

Killed By Java



Pertama sekali, aku nak ucap-kan terima kaseh kepada Puan Maslina, si bakal ibu kerana sudi mengirim-kan email yang berlampirkan lukisan aku ini. Aku tidak menyangka Puan masih menyimpan lukisan aku sewaktu di India dahulu. Dapat aku 'publish' kan di nukilan ini untuk di jadikan koleksi aku.

Lukisan yang aku lakar-kan sewaktu aku memang bingung dalam kelas Java. Kepada sesiapa yang mungkin terbaca nukilan ini dan tidak tahu apa itu Java, ia adalah sejenis bahasa pengaturcaraan yang semakin meluas di gunakan. Baik untuk aplikasi sistem seperti perbankan atau insuran dan juga untuk aplikasi di dalam telefon bimbit. Bukan orang Jawa yang mencipta bahasa pengaturcaraan ini. Orang putih, bernama James Gosling. Dan nama Java itu di ambil daripada nama biji kopi. Untuk lebih lanjut, sila tanya James Gosling sendiri. Maaf, aku tiada nombor telefon beliau.

Memerlu-kan mereka yang mempunyai logik akal yang tinggi untuk menguasai bahasa ini.Namun logik akal aku tidak menentu. Kadang-kala ia bagus, kadang-kala tidak. Tapi selalu-nya tidak. Mungkin otak aku lebih banyak memikir-kan apa yang hendak di lakukan selepas kelas, sukan apa yang hendak aku main-kan nanti atau makanan apa untuk santapan makan malam nanti. Tapi serius, aku rasa seperti di bunuh perlahan-lahan sewaktu cuba menguasai bahasa ini. Memening-kan otak serta mengecilkan seluruh urat nadi aku. Darah terasa tersekat dan menyukar-kan oksigen untuk di hantar ke otak dan ruang-ruang badan-ku yang lain. Menyebab-kan tubuh aku kadang-kala kejang dan kaku seperti terkena kejutan eletrik.

Namun, aku akui gemarkan Java. Walaupun ia cuba membunuh aku dan tidak membenar-kan aku menguasai-nya, aku tidak akan mengalah. Seperti sambal belacan, walaupun pedas, tapi enak di makan. Dan aku yakin aku dapat menjinakkan benda alah ini suatu hari nanti. Mana bisa mungkin aku lontar-kan jauh cinta yang telah aku semai selama ini. Bermula dari tahun tiga lagi di universiti. Aku yakin satu hari nanti ia akan datang pada-ku. Sekeras-keras kerak nasik, lama-lama nanti terkena air, akan lembut juga.

7 comments:

Afida Anuar said...

I LOVE JAVA because of bala...

bestkan belajar java ngan bala?..eheh..

aku rasa sat lagi mung leh jadi pakar java doh ni, bangga arr aku!

saizulhafiz said...

aku suka java juga....

masz14 said...

mmg betul2 rasa mcm java is killing us softly at that time.. hahaha.. its still a miracle macamana kita boleh tempuhi saat2 tu dgn jayanya. klo suh aku amik lagi kursus camtu skang ni aku surender awal2...

orkedhana said...

aha.java memang pedih pada awalnya! =)

It4Ch1 said...

java mmg sama dgn jawa. dedua aku tak paham. sket2 boleh la. walaupun aku org jawa. :p

unicorn said...

afida : mcm penah bace je komen nih?

saizul : aku rasa skrg ko lebih suka-kan kamera drpd java. betul x?

maslina : biasa la,mas. manusia kalo dah desperate, akan buat ape saje utk lepaskan diri..haha

neem : thanks for ur new link.

hana : err...aku setuju dgn statement itu

mustafa : tak payah la pura-pura x phm, walhal terer. x baik kedekut ilmu

Call me -fa- said...

java in fusion??any idea?itulah aku yg dah kureng ilmu java...