Thursday, November 13, 2008

Blues


'Aku Dan Sesuatu' - Karya Aie

Aku rasa bagi penggemar karya Aie, pasti sudah biasa dengan gambar di atas, bukan? Itu antara karya beliau yang menjadi satu 'fenomena' suatu ketika dulu di kalangan remaja dan penggemar kartun. ( Kalaupun tidak semua ). Aku dulu pun memang suka baca karya beliau. Sebenar-nya, bukan beliau seorang saja-lah, sebab aku memang penggemar kartun. Tidak dapat di nafikan hasil lukisan beliau memang hebat.

Tapi yang aku nak tulis-kan di sini bukan lah tentang lukisan beliau, atau pun menceritakan semula karya-karya beliau yang bertajuk 'Blues Untuk Aku' atau 'Aku Dan Sesuatu' itu. Aku nak persoal-kan beberapa perkara tentang 'blues'. Ok, sebelum tu aku nak tahu apa maksud 'blues' tu sebenar-nya. Kalau mengikut dictionary.com, 'blues' di definasikan sebagai 'depressed spirit', 'despondency' atau 'melancholy'. Aku menghadapi sedikit kesukaran di sini untuk menerangkan dalam Bahasa Melayu. Tapi secara kasar-nya, perasaan 'syahdu' lah.

Sebagai contoh, aku tidak dapat pulang beraya pada tahun ini. Lantas, pada pagi 1 Syawal tu, aku terkenang kampung halaman dan keluarga. Di tambah pula dengan alunan takbir raya. Membuat-kan aku rasa sungguh syahdu. Perasaan aku ketika itu boleh-lah di kategori-kan sebagai 'blues'. Ini mengikut pemahaman aku-lah.

'Blues Untuk Aku' - Satu lagi karya Aie

Berdasar-kan karya-karya Aie, (sebab beliau-lah pengasas benda-benda blues nih) memang situasi cerita-nya hanya berkisar kepada perasaan-perasaan seperti itu. Bagaimana si hero tu terjebak dalam masalah rumahtangga si perempuan cun+ayu ni. Si perempuan ni pulak dah mula bergantung harap pada si hero. Si hero serba salah. Terus 'blues'. Atau pun si hero jumpa perempuan kat 'bus stop'. Perempuan yang memang selama ini di cari dan di damba-kan. Masing-masing suka sama suka, tapi tidak di luah-kan. Si perempuan ini pun ada masalah dengan keluarga, menyebab-kan dia takut untuk terima si hero ni. Abang si hero ni pun ada masalah di tempat kerja. Terus 'blues'.

Dan satu perkara yang aku perasan, dalam cerita-cerita 'blues' ni, si hero mesti tampan dan berambut panjang. Bekerja sebagai 'freelance', bujang, seorang yang 'cool' dan taat pada si ibu. Anak derhaka tak boleh nak 'blues'. Biasa-nya si hero ni memang tak pernah ada kekasih. Mesti juga di selit-kan nukilan-nukilan atau luahan hati dalam setiap cerita. Gambar jam berputar atau burung kelicap tengah terbang, itu antara fenomena biasa.

Aku bukan-lah hendak menghentam Aie, sebab aku dulu pun memang suka dengan lukisan beliau. Walaupun cerita-nya agak meleret dan melankolik, tapi aku tetap beli. Sebab aku suka-kan lukisan beliau. Menarik, cantik dan kemas. Lepas tu, sanggup duduk berjam-jam tiru lukisan beliau. Walaupun tak jadi. Hampeh! Cuma di sini aku sekadar nak persoal-kan beberapa perkara yang bagi aku agak 'klise' atau stereotaip bagi cerita-cerita 'blues' ni. Yang membuat-kan aku sekarang tersenyum sendirian bila teringat balik benda-benda ni.

Seorang lagi kartunis yang aku boleh kategorikan karya beliau ada kena mengena dengan 'blues' adalah Ujang. Karya-karya beliau seperti 'Aku Budak Minang' dan 'Aca' kalau di perhatikan memang ada unsur-unsur 'blues'. Tentang bagaimana dilema anak kampung dalam mengharungi permasalahan kehidupan dan mencari-cari identiti diri. Mungkin pada tahun 80-an istilah 'blues' ni masih belum popular jadi orang tidak perasan. Tapi 'blues' beliau agak keras, 'straight forward' dan tidak bermelankolik.

Dan aku sendiri terikut dengan cara si Ujang. Mencari pengalaman di jalanan, di luar kelas, di luar sistem pendidikan formal. Yang kadang-kala membawa bersama hukuman-hukuman keras dan risiko-risiko lain. Biasa-lah zaman remaja dulu, mudah terikut. Ingin mencuba segala. Tak kan sepanjang masa nak ikut peraturan dan membaca buku pelajaran. Bosan betul. Jadi aku pun tarik-tariklah tetikus aku sekejap, lakarkan wajah hero 'blues' versi rekaan aku. Macam biasa, menggunakan 'paint'.

Dah siap pun. Hahaha..Enjoy!


14 comments:

Qica@Noli said...

owh..ensem ensem..
tp..tang gg tuh..bg la ensem ckit bang..gheh gheh!

saizulhafiz said...

dulu aku suka potong keratan blues utk aku ni psl gmbr & ayat dia sgt la mnarik...dulu potong nk bg awek hampeh xde idea...hahahaha

Anonymous said...

yoe, kenapa gigi sahak tue menonjol sgt???
seingat aku gigi dia tak de lah mcm tue skali...

agHoo said...

yo napok gaya hobi kita sama..dulu aku pon slalu tiru lukis katun die nih huhu...


mu nok xmboh keychain langkawi hok mu kem aritu neh????

-reha- said...

mane gmba heroin nye??

lukis la gmba jessica skali...aku suka dgn watak jessica dlm Blues utk KAU...hahhah

unicorn said...

qica : lukisan tu nak bagitau, orang yang gigi tak ensem pun boleh blues. hahaha

saizul : jgn risau, ramai lg penah buat camtu. perkara biasa dulu tu.

anon : sebab aku bukan lukis sahak. ni hero aku sendiri. name die jiman. ingat sahak sorang je boleh blues?

aghoo : betul x aku ckp bnde ni mcm satu fenomena dulu? semua orang nak tiru lukis. mu ade beli key chain ke kat aku? terharunye...

reha : aku xnak lukis gambar jessica. wajah dia ada menyerupai seseorang dlm hidup aku.

xaximie said...

hehe.. aku pn dulu ske tengok katun tu.. tp tengok je. sbb ske cara die lukis karekter sume. lawa lawa...

kalo baca aku lg layan katun yg bawang wat. wpun katun x lawa, tp lawak..

maslina said...

aku tak suka blues utk aku ni. sbb tak lawak. plus agak jiwang. mcm lelaki yg suka melayan perasaan sendiri. tak macho langsung. aku ignat ada terbace satu part novel/citer dia ni yg citer pasal awek cina yg tanye dia something like this, 'kita jumpa lepas jumaat la yeh' pastu mcm dia kagum la awek cina tu tau solat jumaat. i was like.. duhhhhh... busan gilerrr... guys shouldnt be that sensitive... or should they? hahahahha...

miezi said...

im about to comment the same..knp giginya terlebih protude? Eheh

lankapo said...

aku pun suka lukis2 dulu, tapi suka lukis komik cina..pedang setiawan..

nie feng nie wan..

blues utk aku layan jugak

saper tak hengat

biar selekeh tapi bijak
dari macho giler tapi bangang haha

tak habis laa aku baca kisah blues utk aku tuh

wr@ said...

jessica..sapa kah itu?aku penah follow 'KARTINI'.tp tak ingat sapa punya.UBI kot.hehe..aku penah try lukis MULAN je.tu lah yg plg aku suka pon.lukis kt kertas exam.lani dah ilang.huhu

unicorn said...

xaximie : try laa baca kartun lambok plak. kat majalah Apo? Lukisan memang huduh, tp lawak die memang boleh buat perut pecah

maslina : memang karya dia agak jiwang. mcm yg aku mention, agak meleret dan melankolik. tp lain org, lain minat mereka, kan? rambut sama hitam, citarasa berbeda.

miezi : sbb Jiman ni dulu masa kecik-kecik suka makan coklat+malas gosok gigi. sbb tu skrg dia 'blues'..ehehe

lankapo : komik-komik hong kong tu dulu pun boleh tahan jugak fenomena-nya. sape boleh lupe kan pedang setiawan, dewata raya, harimau laut etc tu? ingat lg ko statement tu...hahaha.mendalam maksud yg Aie nak sampai-kan tu. ramai yg terasa nnti kang

wr@ : jessica tu nama satu watak perempuan cina dlm 'Blues untuk Aku'. 'Kartini' tu karya tembakau. kisah benar tu. ada sekali tembakau lampirkan foto ada gambar kartini. aku x ingat bila.

Anonymous said...

ya tq admin...sebahagian daripada definasi blues...
layan jiwa ataupun seperti yg admin katakan walaupun begitu ia amat luas dan mengikut suatu sejarah besar ia adalah
suatu tekanan hebat melalui penjajahan jiwa,minda,fizikal dan juga tamadun sesuatu kaum lebih tepat lagi pergi dirasai oleh kaum2 ham. iaitu kaum yg berkulit hitam maupun mr black dimana mereka amat tertekan setelah terjadinya perdagangan manusia sejak ratusan tahun dimana mereka dijual dan dijadikan hamba abdi untuk golongan manusia yg kononya mertabat mereka lebih mulia dan lebih pintar dari semua segi,lalu wujuslah kaum ham yg diberi pegertian baru iaitu 'negro'
sebab itu sekiranya kita terjumpa dan berhadapan dgn mereka jangan lah kita panggilkan mereka dgn makna negro kerna is
adalah suatu penghinaan dan diibaratkan martabat mereka amat rendah dengan panggilan itu...
blues telah lahir dari episod penjajahan fizikal dan juga, mental dimana mereka banyak meluahkan rasa tidak puas hati dan juga tekanan perasaan itulah lahirnya mood apa yg dikatakan blues malah di aplikasikan melalui nyayian,sorakkan,laungan
dan paling besar ia dilahirkan melalui semua alat musik dan paling ketara alatan bertali gitar,biola,piano,saxafone,dan kebanyakkan alatan gendang dan juga setiap alatan musik yg mereka main pasti..melalui jiwa blues yg tebal mengenagkan nasib bangsa,saudara,dan juga tamadun bagaikan kata sir robect nesta marley' stolen from africa brough to amarika'
lalu lahirlah bangsa mereka yg banyak mencipta nama dlm bidang music berirama blues dan lain2 ska,reggae,jazz,fusion dan sebagainya. tapi blues adalah pakaian jiwa mereka malah nama besar dari kaum itu ialah bb king,elbert king,chuck berry,
dan ramai lagi malah boleh dikatakan setiap rules musik itu merekalah yg mengeluarkanya...seperti yg saya sebutkan tadi...
dan lahirlah lagu melalui jiwa yg di hina,jajah,di abdikan malah di bunuh serta dijual bagaikan rendah martabat mereka dimata routhchild maupun rocketfeller sejak ratusan tahun dahulu.
walaupun begitu merwka adalah kaum yg hebat dan amat kratif yg allah swt jadikan sekiranya kita lihat mereka dari mata hati...oklah banyak lagi klu nak jelaskan..disini diharap kawan2 boleh lah rujuk lagi sekiranya mahu ttg detail kaum yg hebat ini.sekian
nonama phionex...
penang...

Suzee mustapa kamal said...

Teringat lak zaman skolah dlu ..Mmg mnat gler kartun blues ni ..Sbb ap ..Sbb hansem ..hahhahaha..n bole d kate kn stiap biodata atau diari msti lukis gmbr blues siap tulis blues utk ak ..Wlau pun ak gugurl. .πŸ˜…