Monday, December 1, 2008

Hang Tuah - Wujudkah Dia?


Cuba teka nama watak di atas? Ok, aku bagi klu. Beliau bukan angkasawan negara. Tidak tahu? Baik-lah, watak yang aku lakar-kan di atas adalah watak Hang Tuah. Aku percaya ramai yang kenal Hang Tuah. Bukan, perkataan kenal agak tidak sesuai. Aku yakin ramai yang 'tahu' tentang Hang Tuah. Wira bangsa Melayu, pahlawan terbilang, kebal dari sebarang senjata, taat pada sultan dan sebagai-nya.

Waktu kecil aku memang percaya watak ini pernah hidup pada zaman kesultanan Melayu Melaka dahulu kala. Di tambah pula ada-nya Hikayat Hang Tuah(yang tebal gila) di rumah nenek aku, menambah-kan lagi keyakinan aku ketika itu bahawa lagenda ini benar-benar wujud. Aku tidak pernah baca sehingga habis hikayat tersebut. Pertama sebab tebal gila, kedua sebab aku kurang mengerti tentang bahasa yang di guna-kan.

Apabila meningkat dewasa, aku sudah mula mempersoal-kan kewujudan Hang Tuah. Jika benar beliau pernah hidup, di manakah kubur-nya? Hanya ada satu sumber sahaja yang pernah aku baca, mengatakan makam Hang Tuah letak-nya di Tanjung Keling, Melaka. Namun tahap keraguan aku terhadap benar-kah ini makam Hang Tuah masih menebal. Sama tebal-nya sewaktu aku singgah di perigi Hang Tuah suatu masa dahulu. Siapa-siapa pun boleh menggali perigi dan menamakan-nya perigi Hang Tuah. Dan apabila masa kian berlalu, perkara itu mula di terima oleh masyarakat dan menjadi kebiasaan.

Jika di lihat daripada konteks dokumentasi pula, hanya ada dua sumber yang menyatakan kewujudan Hang Tuah. Pertama-nya sudah pasti-lah Hikayat Hang Tuah. Hingga hari ini aku tidak tahu siapa penulis hikayat tersebut. Dari situ sudah cukup menambah-kan lagi keraguan di ruang otak aku yang sedia kosong ini. Mungkin sahaja hikayat ini hanya-lah cerita lipur lara orang-orang zaman dahulu pada waktu malam, sebelum menanti-kan waktu tidur. Lalu dicipta-kan satu watak yang di gambar-kan sangat gagah perkasa. Watak ini konon-nya pernah hidup satu masa dahulu dengan pelbagai lagi tambahan kesaktian. Dan cerita itu di dendang-kan kepada anak-anak mereka setiap malam, lantas di perturun-kan dari satu generasi kepada satu generasi, lalu di buku-kan.

Tinggal-kan Hikayat Hang Tuah. Lihat pula pada Sejarah Melayu hasil tulisan Tun Seri Lanang. Mungkin ini sahaja satu-satunya dokumen yang menceritakan perihal bangsa Melayu. Namun, masih belum cukup untuk membukti-kan kewujudan sebenar Hang Tuah. Ini kerana Sejarah Melayu di tulis kira-kira 103 tahun selepas kejatuhan empayar Melaka ke tangan Portugis. Dan dalam masa satu abad, pelbagai perkara boleh terjadi, di tokok tambah dan sebagai-nya. Mungkin benar-nya watak ini wujud, tapi di tokok tambah kehebatan-nya. Tun Seri Lanang sendiri pun menulis berdasar-kan cerita orang-orang sebelum-nya. Malah di dalam Sejarah Melayu, Tun Seri Lanang menulis bahawa Hang Tuah bertikam dengan Hang Kasturi, bukan Hang Jebat seperti yang ditulis dalam Hikayat Hang Tuah. Di situ pun sudah ada percanggahan fakta. Seperti permainan rantaian mesej. Orang yang pertama akan membisikan satu mesej ke telinga orang sebelah-nya begitulah hingga ke hujung barisan. Dan orang yang terakhir, apabila menulis kembali mesej tersebut, pasti tidak sama dengan mesej asal.

Malah nama Hang Tuah lima bersaudara itu sendiri sudah menjadi isu. Dari mana datang-nya pangkal nama 'Hang' di depan itu? Nama itu tiada dalam istilah identiti nama Melayu. Tidak seperti pangkal nama Nik, Wan dan lain-lain yang masih diguna pakai hingga kini. Mustahil keturunan Hang Tuah lima bersaudara ini tidak menggunakan pangkal nama tersebut. Malah mengikut kertas kerja yang dihasilkan oleh Mohd. Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM dengan tajuk "Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan," cuma menyatakan bahawa sesuatu penghormatan, ketaatan atau kedudukan adalah diberi gelaran seperti Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Shahbandar dan Mandulika. Justeru, dari mana datang-nya pangkal nama 'Hang' ini?

Sedikit waktu dahulu ada sejarawan yang mangatakan bahawa Hang Tuah berasal dari Tanah Besar China. Ini berdasar-kan nama salah seorang puteri China, yakni Hang Li Po. Mereka di katakan datang sebagai pengawal peribadi Hang Li Po. Nama asal mereka adalah Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew. Tetapi bagaimana pula dengan Hang Kasturi? Kasturi itu terang-terangan adalah nama Melayu. Maka sejarawan tadi mengatakan Kasturi adalah orang Melayu Melaka. Namun dek kerana keakraban beliau dengan geng 4 'Hang' ini, maka beliau turut di beri nama Hang. Ada unsur-unsur ambil mudah di situ bagi aku. Unsur-unsur matlamat menghalalkan cara. Apa sahaja cara atau teori di gunakan untuk membukti-kan hipotesis mereka yang mengatakan Hang Tuah berasal dari China dapat di terima. Jika begitu, aku pun mampu berhipotesis. Aku mengatakan Hang Tuah lima bersaudara ini berasal dari Kedah. Kerana apa, di sana perkataan 'Hang' cukup meluas di gunakan. Contoh-nya, "Siapa nama hang?", "Hang nak pi mana?", "Pak hang", "Mak hang" atau "Hang kata hang tera?".

Secara tidak sedar, terasa sudah panjang nukilan ini. Rasa kemalasan pun sudah mula hinggap di benakku untuk terus menaip, walaupun masih banyak persoalan hendak aku lontar-kan. Mungkin pada nukilan berikut-nya. Lantas, apa kesimpulan dari repekan panjang lebar aku ini? Pada aku, mungkin watak ini benar-benar wujud. Tapi tiada-lah dengan kehebatan kuasa luar biasa yang di gembar-gemburkan. Mungkin hanya seorang Laksamana biasa. Dan tiada nama Hang di depan. Barangkali mereka berlima menaruk pangkal nama 'Hang' sebagai identiti kumpulan mereka pada waktu itu. Jadi apabila mereka ke mana-mana, senang di kenali orang ramai sebagai geng Hang Lima Bersaudara. Sepertimana geng Mamak atau geng Gagak Hitam yang di anggotai oleh Farouk dalam Gila-Gila Remaja.

16 comments:

saizulhafiz said...

hurm itulah antara lagenda ataupun mitos..tp apapun Hang Tuah bukanlah pahlawan yg boleh dijadikan ikon.kita patot jadikan Hang Jebat yg berani menegakkan keadilan..

cik.siti said...

hurm~

ada dengar juga hang tuah dari negeri china.

dan, kadang-kadang, timbul juga persoalan dalam minda ini, "betul ke hang tuah wujud?" dan macam-macam lagi.

unicorn said...

saizul : aku pun ade gak mempersoal-kan apsal Hang Tuah di angkat as a hero, bukan Jebat. maybe next entry

aqila : mmg ramai yg tertanya-tanya. but unfortunately, sampai skrg masih belum ada jawapan.

Anonymous said...

hahaha..apsal hang tuah ko ni pakai kasut converse? misai ngn rambut pun macam m.nasir je aku tgk hahaha..

tp jgn x caya, kat TNB mmg betul ada Hang Tuah & Hang Jebat.. huhuhuhu..

Afida Anuar said...

Aku tau Hang Tuah dan Hang Jebat ko Lan...yang rambut panjang mengurai..yang ada gigi taring sepanjang pembaris atas meja ko,
yang duk usha ko kalau ko selalu stay back mlm2 kan? kan? uhuhu

sib baik yoe tak lukis hang tuah ni pakai high heels..gagagaga..

theblabber said...

wow!!
pasti cikgu sejarah kamu berbangga ada anak murid bernama yoe ni dlm kelas dia dulu.

persetankan la saper Tuah,hebatkah Jebat. entah, xpenah sekali aku nk berbangga dgn dua nama tu.tak menyumbang apa-apa pun kat jati diri melayu.Erk.

Anonymous said...

weyy.. btol la.. mmg ada staff TNB nama Hang Tuah & Hang Jebat.. Jebat tu siap batch aku lagi.. hahaha..
- jgn biarkan diri anda diselubungi misteri..

unicorn said...

hang-peh tol la : ingat Hang Tuah x pandai berfesyen ke?

afida : kalo pakai high heels, susah pulak nak bersilat

miezi : aku x pasti cikgu sejarah aku bangga ke tak. sbb aku selalu tidor dlm kelas dia

hang-too figter : klasik betul name collegue kau. ade x nama Pak pandir?

agHoo said...

Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah dikatakan mempelajari pencak silat daripada seorang guru silat berbangsa Jawa bernama Sang Adi Putera yang bertapa di Gunung Ledang dan kemudiannya memperdalami seni pencak silat tersebut dari saudara Sang Adi Putera iaitu Sang Persanta Nala yang bertapa di Gunung Winara di Pulau Jawa (iaitu semasa perjalanan Hang Tuah ke Majapahit).

Senjata ampuh yang digunakan oleh Hang Tuah adalah sebilah keris picit buatan Jawa yang diperolehinya secara tipu daya dari seorang pendekar tua Jawa bernama Taming Sari dan sehingga ke hari ini keris tersebut dikenali sebagai keris Taming Sari.

Kehebatan Hang Tuah adalah pada pencak silat dan senjata beliau disamping cunningness dalam meng-apply-kan kemahiran pencak silat dan senjata ampuh yang dimilikinya. Kita dapati kedua-dua faktor (pencak silat dan keris) yang menyumbang kepada kehebatan hang Tuah pada dasarnya bukan bertaraf asli Melayu. Ditambah lagi dengan faktor asal-usul hang Tuah sendiri yang dipertikaikan kemelayuannya. Maka dapatkah kita membanggakan Hang Tuah sebagai wira dan idola Melayu?

Berbeza dengan Megat Panji Alam(nama kampong aku) maka beliau adalah berbangsa asli Melayu. Megat juga seorang pesilat masyhor dengan kemahiran silat asli Melayu (dikatakan buka langkah dan tari silat beliau adalah seperti tidak jejak ke tanah dan cukup menggerunkan Hang Tuah sendiri). Kalau pun dia ditumpaskan oleh Hang Tuah bersaudara tetapi beliau lebih mempamirkan semangat Melayu demi mempertahankan hak [(demi merampas kembali Tun Teja yang dilarikan oleh Hang Tuah secara licik menggunakan guna-guna (jampi pengasih)]. Menurut cerita-cerita mulut dari orang tua-tua di Terengganu Hang Tuah seorang diri masih belum mampu menumpaskan Megat Panji Alam secara berhadapan. Hang Tuah cuba menumpaskan Megat panji Alam secara berhadapan seorang diri selama beberapa hari namun Hang Tuah tidak berjaya menewaskan Megat. Bahkan (menurut Hikayat hang Tuah sendiri) tumpasnya Megat juga adalah secara tidak adil di mana beliau telah diserang secara berpasukan (oleh Hang Tuah bersaudara) dan secara curi (dari belakang pintu).

Biarpun tewas tetapi berada di pihak yang benar dan di atas jalan yang lurus maka bukankah Megat Panji Alam perlu disanjung lebih tinggi dari Hang Tuah? Bukankah Megat Panji Alam lebih layak menerima kehormatan sebagai wira dan idola Melayu? Mengapa kita memandang rendah kepada Megat? Apakah memang suatu nasib malang dari tradisi orang Melayu yang selalu melupakan orang Melayu dan warisan Melayu sendiri dan memuji-muja mereka yang bukan Melayu dan warisan yang tidak asli Melayu?

pnjangnya komen aku,excited plk bila ckp psl sejarah hehe..

agHoo said...

Ramai di kalangan anggota masyarakat kita terutamanya orang-orang
Melayu menganggap Hang Tuah adalah legenda pahlawan Melayu. Pada hakikat
sebenarnya Hang Tuah bukanlah dari keturunan Melayu sebagaimana yang
disangkakan.

Selama ini orang-orang Melayu telah terkeliru atau mungkin tertipu
dengan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu yang
dibangga-banggakan. Hang Tuah sebenarnya telah diMelayukan untuk tujuan kemegahan
semacam bentuk yang tercatat pada Robin Hood.

Di dalam bilik-bilik darjah, dewan-dewan kuliah atau seminar
bermotifkan sejarah atau kajian sejarah hanya membincangkan tentang kepahlawanan,
kebijaksanaan serta kesetiaan Hang Tuah. Kisah Hang Tuah yang
diagung-agungkan ini telah menenggelamkan keadaan sebenar tentang asal
keturunannya.

Di kalangan masyarakat Melayu dewasa ini telah timbul semacam keraguan
tentang pahlawan mereka ini, apabila penghormatan kepada pahlawan
mereka mula dipersendakan dengan reaksi-reaksi melampau seperti kelihatan
dalam filem Hang Tuah.

Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu telah
menghasilkan satu penyelidikan dijalankan terhadap asal usul keturunan
secara hipotesis. Jika pepatah Melayu sendiri telah mengatakan ˉbahasa
jiwa bangsaˇ dan ˉmanusia mati meninggalkan namaˇ . Bagaimana pula
kita hendak menafikan kenyataan ˉnama menunjukkan bangsaˇ. Bahasa
ˉnamaˇ merupakan identifikasi yang cukup jelas untuk mengetahui jenis
sesuatu bangsa itu.

Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah
dapat disandarkan pada namanya. Oleh itu satu kajian secara hipotesis
telah dijalankan dengan bersandarkan kepada ˉnamaˇ manusia untuk
memperolehi jawapan tentang asal-usul Hang Tuah sebenarnya.

Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan
Melaayu Melaka, tiada terdapat nama-nama seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi,
Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, ringkasnya ringkasan yang bermula
dengan ˉHangˇ. Sejarah juga telah mencatatkan nama-nama dari bangsa
Cina yang bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee. Ia bergantung kepada
suku kaum atau asal-usul keturunan mereka dari wilayah tertentu dari
China. Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran ˉHangˇ telah
dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu juga tiada asasnya.

Mengikut kertas kerja yang dihasilkan oleh Mohammad. Yunus Ibrahim dari
Jabatan Sejarah UKM dengan tajuk ˉMelaka 1400-1511 Dari Aspek
Kemasyarakatan,ˇ cuma menyatakan bahawa sesuatu penghormatan, ketaatan atau
kedudukan adalah diberi gelaran seperti Bendahara, Paduka Raja, Temenggung,
Laksamana, Shahbandar dan Mandulika.

Mengikut buku ˉSejarah Melayuˇ edisi W.G. Shellabear penerbitan
Malaya Publishing House Ltd. Singapore halaman 123-131, menyatakan tentang
Tun Perpatih Putih, iaitu utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China
telah membawa balik bersamanya seramai 500 orang dayang serta Puteri Hang
Li Po. Sultan Mansur Shah dikatakan telah berkahwin dengan puteri dari
China ini dan telah menghasilkan anak bernama Paduka Mamat.

Perkara yang menarik dari edisi W.G. Shellabear ini ialah munculnya
nama puteri Hang Li Po. Hasil perkahwinan ˉcampurˇ antara puteri Hang Li
Po dengan Sultan Mansur Shah, telah dikurniakan seorang putera dan
telah diberi nama Paduka Mamat. Nama Paduka Mamat adalah nama Melayu dan
tidak pula berlaku nama ˉPaduka Hang Mamatˇ sebagai penghargaan kepada
puteri Hang Li Po, contohnya. Sejarah telah membuktikan bahawa
nama-nama dari keturunan Cina biasanya bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee
bergantung kepada suku kaum mereka dan dari wilayah tertentu asal mereka.

Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina
adalah berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee
Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti
Hang Lee Kiew. Mengikut prosedur tentang suku kata nama bangsa atau
keturunan Cina, biasanya cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja. Nama Hang
Kasturi pula diragui kerana 4 suku kata walaupun ia bermula dengan
perkataan Hang. Perkataan Kasturi pula ada berbaurkan loghat bahasa Melayu.

Terdapat 3 andaian hasil kajian secara hipotesis yang dijalankan.

Pertama : Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat
dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po.

Kedua : Nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi
oleh 4 orang rakan karibnya yang berketurunan Cina sehingga menjadi
sebutan yang kekal.

Ketiga : Mungkin nama Cina sebenar Hang Kasturi sukar disebut oleh
masyarakat tempatan. Oleh itu mereka telah memberikannya nama baru mengikut
loghat orang Melayu tempatan dan nama ini telah diterima dengan baik
oleh beliau.

Perkara lain yang menarik ialah petikan kertas kerja Ong Hak Ching.
Jabatan Sejarah UKM ada mengatakan bahawa Sultan Mansur Shah telah
memberikan tempat kediaaman di Bukit Cina kepada puteri Hang Li Po serta 500
orang dayang-dayangnya. Anak-anak cucu mereka digelar ˉbiduanda Cinaˇ
juga bermakna golongan yang dilindungi. Sama ada yang sudah memeluk
Islam atau masih memeluk agama asal mereka.

Terdapat 3 andaian secara hipotesis mengenai hal ini.

Pertama : Tidak kesemua dari anggota rombongan puteri Hang Li Po yang
memeluk agama Islam.

Kedua : Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew, adalah
keturunan dari rombongan puteri Hang Li Po.

Ketiga : Keempat-empat sahabat ini kemudiannya telah memeluk agama
Islam tetapi mengekalkan sebutan nama mengikut loghat bahasa Melayu atas
sebab-sebab tertentu, seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang
Lekiu.

Hal yang lebih lanjut mengenai Hang Kasturi. Telah timbul percanggahan
pendapat sejak dahulu lagi, sepertimana kajian secara hipotesis ini
meragukan tentang nama sebenar Hang Kasturi. Percanggahan pendapat ini
berlaku antara pengarang ˉSejarah Melayuˇ dan pengarang ˉHikayat Hang
Tuahˇ mengenai siapa sebenarnya telah menderhaka kepada Sultan Melaka.
Pengarang Sejarah Melayu menuduh Hang Kasturi manakala pengarang
Hikayat Hang Tuah Pula menuduh Hang Jebat.

Pertama :Tersirat sesuatu hal yang unik dan tersembunyi tentang
kedua-dua tokoh pahlawan ini sehingga tidak ada satu kata sepakat di kalangan
kedua pengarang serta pakar sejarah lampau.

Kedua : Pengarang ˉSejarah Melayuˇ telah menggunakan bahan dalam
penulisannya secara mengambil pendapat lisan dan tiada ada satu
penyeledikan terperinci, kerana ia menyentuh kisah-kisah yang terlalu luas serta
hal-hal yang menyeluruh.

Ketiga : Pengarang ˉHikayat Hang Tuahˇ adalah lebih formal kerana
menggunakan semacam bentuk kajian sehingga dapat menggariskan hal-hal
peribadi Hang Tuah secara lebih detail.

Hasil kajian secara hipotesis ini telah membuktikan pengarang Hikayat
Hang Tuah mempunyai banyak kelebihan dan penulisannya tentang hal Hang
Jebat yang telah menderhaka kepada Sultan, adalah diterima mengikut
hukum asal. Rumusan daripada kajian yang dijalankan telah menghasilkan
penemuan baru yang melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan
Melayu. Mengikut kajian hipotesis ini, Hang Tuah merupakan pahlawan
yang telah diMelayukan demi untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang
Melayu. Kita lihat bagaimana hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang
Tuah.

Hang Tuah adalah anak cucu kepada keturunan rombongan puteri Hang Li Po
yang datang ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Nama sebenar Hang
Tuah ialah Hang Too Ah. Tetapi bertukar kepada nama sebutan Hang Tuah
apabila pahlawan ini memeluk agama Islam dan berkhidmat kepada Sultan
Melaka.PengIslaman Hang Tuah telah mempengaruhi 3 orang rakan karibnya
iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew. Keempat-empat sahabat
baik ini juga bergaul rapat dengan Kasturi, iaitu rakan sebaya mereka
yang berbangsa Melayu. Mereka juga menggelar Kasturi dengan gelaran Hang
Kasturi sebagai tanda satu persahabatan yang abadi.

Kelima-lima sahabat ini mula masyhur di kalangan istana apabila mereka
menyelamatkan Bendahara dari serangan orang mengamuk. Mereka berlima
kemudiannya memeluk agama Islam. Nama-nama mereka mengikut loghat Melayu
telah tersebar dengan cepat dan meluas samada di kalangan istana atau
orang-orang Melaka ketika itu termasuk nama Hang Kasturi.

Tiada bantahan yang pernah dibuat ketika itu kerana masyarakat Melayu
zaman itu telahpun menganggap anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po
sama seperti saudara Melayu mereka. Demikianlah serba ringkas kisah
Hang Tuah yang berasal daripada keturunan puteri Hang Li Po dari kajian
hipotesis ini.

Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah
kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan.
Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan
menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt
yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang
Melayu Jati.

p/s:-tlg penuhkan inbox mu yoe ehehehe

unicorn said...

aghoo : fulamak...mane dapat artikel ni? bagus laa lu, bro.aku pun ade buat entry pasal 'keperwiraan' Hang Tuah ni. layak ke dia di angkat sbg wira Melayu? ade gak point2 yg same dgn point2 dlm artikel mu bagi tu...

mmg bnde ni kalo nak di bincang-kan, pjg lebar.amik mase.tp biar puas hati. betul x? drpd berwira-kan seseorang yg kewujudan nya pun belum tentu sahih lg. dan kalo wujud pun, bile kite bace sejarah hidup dia, byk tinda-kan-nya agak menyimpang dari kebenaran, org cmtu ke yg nak di angkat sbg wira?

tunggu aku publish entry kedua aku ptg ni. nak siap-kan sket lg lukisan dia. n'way, thanx aghoo

agHoo said...

hehe..nak fakta sejarah mai carik aku ,gila poyo ayat wakakaka..

unclejim ikbnt said...

aq pown ragu ngn kwujudan hang tuah 5 brsaudara..prcnggahan fakta ade la..

Anonymous said...

jgn belajar sejarah tapi teladani sejarah.

Unknown said...

hang tuah xptt dknang..hang tuah mlarikn tun teja tunang megat pnji alam...manusia apakah itu

Unknown said...

Hang tuah laksamana yg hebat tiada bandinganye.. Hidup laksamana hang tuah, terbukti tumbanye megat panji alam di tangan laksamana hang tuah kerana ia tidak setanding kehebatan laksamana hang tuah..