Tuesday, January 20, 2009

Hey, di Situ Aku Pernah Bermain!

Di hembus angin dari Laut China Selatan nyata menyegar-kan. Terungkai segala kekusutan yang selama ini membebani benak pemikiran ini. Aku diam terduduk di pekan kecil ini. Pekan yang menjadi saksi kedewasaan aku. Benar, pekan ini tidak-lah segah Kuala Lumpur, atau sesibuk Petaling Jaya mahupun semeriah Damansara. Tapi kehidupan di sini sudah mencukupi bagi diri aku.

Menyelusuri jalan lurus di tepi pantai dari Teluk Gadung, berhampiran UiTM membawa-lah ke kuala Sungai Dungun, sepanjang perjalanan itu hanya-lah berlatar belakang-kan lautan yang terbentang dan ombak yang menghempas pantai, pohon-pohon nyiur yang melambai serta langit yang membiru. Nun di seberang sana, Pulau Tenggol sedia menanti.

Oh, aku rindu-kan saat di mana aku mandi laut di tepi benteng pemecah ombak itu. Aku rindu-kan saat menikmati keropok lekor dan cendol di bawah pohon ketapang di tepi pantai Teluk Lipat. Aku rindu-kan suasana pasar malam hari Khamis yang meriah dengan baju-baju 'bundle' dan aneka barangan lain.

Aku rindu-kan juga tangisan sang penyu di Rantau Abang. Menunggu di malam gelap pekat melihat makhluk itu merangkak naik. Aku tidak salah-kan aksi-aksi jakun orang-orang itu. Meloncat-loncat, berbuat bising dan menunggang si penyu itu. Kerana mereka tidak pernah ketemu haiwan itu di depan mata. Tapi aku kasihan-kan Rantau Abang yang kini sepi tanpa kelibat makhluk-makhluk amfibia itu lagi. Alang-kah rugi-nya.

Berjalan di atas pasir putih pantai melihat nelayan-nelayan pulang memunggah hasil tangkapan sambil menanti terbenam-nya mentari, pasti tiada akan terluput rakaman detik itu dari kotak memori aku sampai bila-bila. Betapa masa terasa sangat perlahan tatkala aku berada di pekan ini. Seawal pagi, kehidupan begitu tenang. Tiada apa yang perlu di kejar, tiada apa yang perlu di buru.

Cukup. Biar-kan pekan ini naik perlahan-lahan. Aku bukan menentang kemajuan.
Tapi apa-lah erti kemajuan jika warga-nya asyik mengejar kebendaan.
Apa-lah erti kemajuan jika ketenangan di ganti dengan hiruk pikuk bunyi yang membingit-kan.
Apa-lah erti kemajuan jika kesegaran udara di ganti dengan asap-asap hitam yang menyesakkan.
Apa-lah erti kemajuan jika hanya keruntuhan dan kebijatan akhlak anak muda yang menyakit-kan mata terhidang.

Biar-lah begini. Biar-lah pekan ini dengan ketenangan-nya. Biar-lah pekan ini dengan detik waktu-nya sendiri yang perlahan. Kerana aku ingin kembali ke sini. Itu janji aku.

Dungun, Terengganu
kelmarin

16 comments:

razor said...

wei..mung orang dungung ke?

pasoraye salwa a.
dok pung pustake ben mutalib ke nape a?
sri molek inn sudoh....


hehe

saizulhafiz said...

nk balik keje dungun ke???...

Afida Anuar said...

Rantau abang.....owhh.. aku pernah ke sana mahu melihat penyu... tapi bukan penyu yang muncul...monyet! dan aku hampir kene gigit oleh haiwan liar itu!!! huh!...

Arghh..aku suka pantaii!!

apei budak kampung said...

yer, tiada tempat yang lebih damai selain tempat kita dibesarkan.. aku setuju.

Hafizzul Kamarudin said...

Hey... disitu aku pernah,sedang dan akan bermain juga...

p/s: mu ade dungun ke? raye cine mu balik dop? kalu balik buleh aa kite lepak makan ikan celup tepung tepi pantai..

unicorn said...

razor : ya, aku anak jati dungun..sedang berkelana, mati belum tahu dimana

saizul : kalo ade rezeki

afida : penyu tu menyamar jd monyet kot?

apei : benar. tiada galang ganti-nya

pijo : aku kat ofis laa...sj tulis entry ni. rindu pada kg halaman..haha

PeminatLimau said...

Nok limau....

sarah said...

pasaraya salwa wujud lg tak kt situ?
haha..aku rindu dungun!
aku rindu sekolah ku..huuu

miezi said...

im one of those jakun. Eheh

unicorn said...

peminat limau : meh dtg dept aku..ade sekotak lg limau..meh sini meh

sarah : pasaraya salwa dh tutup..jd kedai kain. byk sgt supermarket br bukak skg

miezi : aku x salahkan ko..serius.aku dh ckp kan

~~Noli said...

waaaaaaa....
prasaan yg sama...
waaaaa....nk balik ganuuu =(

Anonymous said...

dah baca suma entry saudara unicorn..cam buleh mikin cerpen loh!xsangka muka kering tapi ade bakat menulis..dan melukis dgn paint, hahah..

agHoo said...

dungun telah memalukan ganu!!
pasaraya masuk kambing,pah lening aku kena jadik bahan..ceh!!



seb bek aku bkn org dungun..!!
wakakaka...

unicorn said...

noli : ayuh-lah kita pulang bersama-same...

anon : terima kasih. nanti aku bwk tisu basah, wat lap muka...baru xnampak kering sgt muke aku nih..

aghoo : bro, utk pengetahuan, warga Dungun mengamal-kan sikap mesra alam. dimana semua pihak mendapat hak sama rata. kalau pasaraya, semua pihak boleh masuk, x kira lah manusia, haiwan atau tumbuhan. mereka pun makhluk Tuhan. mereka pun nak window shopping...kalo xcaye, tanye encik pijo.

iizla said...

macam kenal ke tempat ni..

unicorn said...

iizla : pantai dungun...ala, pantai2 sepanjang terengganu tu same je sume..sepesen je.