Friday, January 9, 2009

Mendung

Aku tahu ramai rakan-rakan sepencarian rezeki sedang agak gusar sekarang.
Benar, keadaan secara tiba-tiba menjadi kusut. Lava yang sekian lama menggelegak terpendam baru kini memancut keluar dari mulut sang gunung berapi.

Bukan permulaan sebegini yang kita idam-kan. Ya, sama jua seperti aku.
Bersabar-lah. Mana tahu awan mendung ini membawa hujan rahmat? Atau garis pelangi di belakang sana?

Sabar dan tenang-lah. Bukan kita pinta. Sedikit ujian dari yang atas sana. Mungkin untuk menyedar-kan kita. Mungkin selama ini kita sedikit alpa dan tidak bersyukur.

Mungkin, mungkin, mungkin.

Ingat-lah. Bumi Tuhan ini luas. Have a little faith....

11 comments:

Afida Anuar said...

memang setiap apa yang berlaku itu ujian...

Senang itu ujian.
Susah itu pun ujian.

Mungkin...mungkin kita terlalu alpa. mungkin kita kurang bersyukur. Apa pun, spt kata mu..pasti ada hujan rahmat..aku yakin hujan rahmat itu akan turun...

Bukan niat untuk menyedapkan hati atau apa, cuma itulah yang mengajar aku sepanjang hidup di dunia ini, tangis duka itu ..suatu hari nanti pasti akan disusuli tawa.

saizulhafiz said...

itula kan dulu b'ckp gah smcm rupanya tiada apa..kita d sini mejadi mangsa.smoga ada sinar d celah kegelapan..masih ada

N.H.A said...

Betul tu sahabat.. Bagi sesetgh rakan2 anda, rahmat itu telah kelihatan.. Lihat2 la sekeliling anda, dalam kegelapan itu, ada sedikit cahaya yang bersinar..

f.r.i.e.n.d said...

insya allah..ye lah tu.mungkin jugak.baru nak meng'establish'kan kewangan tahun ni.tapi bila perkara sebegini terjadi.sama-samalah berdoa ye kawan2.

~~Noli said...

ya..
kalo sekalipon bukan di sni mngkin masih ade rezki di ujung ceruk sana..

razor said...

baiklah sahabat...

Anonymous said...

sungguh tidak ku sangka begini jadinya..... betul kata mu sahabat, ini bukan permulaan yang kita idam-idamkan..... mungkin beradanya kita di sini bukan untuk mendapat pengalaman yang kita harapkan, tetapi pengalaman dari angle yang berbeza.... mudah-mudahan ada pelangi yang indah sedang menati kita di penghujung nya~

BudAk hijAu said...

terkaku jp aku!!

pestisid said...

thanx bro for the word of wisdom. :)

Maslina Zolkepli said...

whats gonna happen to u guys?

miezi said...

sabarlah sahabat.
Tuhan itu adil. Dia takkan menguji andai kamu tidak mampu menghadapi ujian tersebut :)

Ye, bumi tuhan luas. I believe, the grass is always greener on the other side.