
Semua meletakkan harapan yang tinggi pada Obama. Warga US dengan harapan penyembuhan ekonomi dan penurunan peratus pengangguran-nya, dunia Islam dengan harapan perubahan persepsi dan penarikan tentera US dari Iraq dan Afghanistan serta masalah di Palestin, sementara negara-negara lain mengharapkan sedikit perubahan pada dasar luar US.
Aku? Apa harapan aku ke atas mamat ni? Secara jujur-nya, tiada. Apa yang hendak di harap-kan pada seorang presiden yang di belakang-nya adalah Yahudi? Memang aku sedikit mengagumi beliau kerana berjaya muncul sebagai orang kulit hitam pertama menjadi presiden US. Bukan senang hendak memenangi hati orang kulit putih yang memang kita tahu tebal dengan sikap ego dan serba betul mereka itu. Mungkin selepas ini, negara Uncle Sam itu akan mendabik dada mengatakan mereka sudah matang dalam politik dan demokrasi yang memilih pemimpin tanpa melihat pada warna kulit dan keturunan.
Biar-lah mereka dengan harapan palsu mereka. Aku tidak mengharap-kan apa-apa. Aku tidak boleh menyeru semua orang supaya berfikiran seperti aku. Masing-masing punya pendapat dan pandangan yang berbeza. Terpulang-lah. Tapi nasihat aku, baca dahulu sejarah panjang bangsa Yahudi.
Di bawah adalah lakaran wajah Obama. Macam biasa, guna paint. Dan macam biasa, muka senget sikit. Trademark aku. Ikut nasihat Edot, jangan lukis sebijik sama. Nanti orang cakap copy-paste pula (Ayat cover-line).
11 comments:
yes no1...mmg senget.ke ms lukis mrh dekat obamaa psl palestine.kalo cmtu mmg sesuai kasi muka dia senget sikit
saudara pengarang (cewahh)..
aku dah pernah baca sejarah Yahudi. Aku aware dengan nama Theodore Hertzl, pengasas Zionis tu yg mencadangkan penubuhan negara utk org Yahudi itu. Aku juga sudah membaca tragedi Deir Yassin, sebuah nakbah yang sungguh menyanyat hati.
Tapi tadi..aku baru breakfast McD. Erk. Jahatkah aku? Eheh. (larik tajuk jap)
Bet u will against apa yang aku tulis dalam latest entry tu. Erkk lagi sekali.
yer..noli pon xletak harapan pape pd potret itu..
haha..
Aku pun tak mengharap apa2 pada pakcik obama ni.
cuma aku tengok hasil lukisan mu kali ni dah jadi macam rupa budak kampung aku sket2..sape entah nama dia...
lupe...
baguih la ikot nasihat aku, kene ade gaya tersendiri dalam lukisan. baru lah ada identiti.. (poyo)
psal pakcik dlm gamba tu, just wait and see.. kan?
aku baru nak teka tu gambar siapa. umm...penyanyi meet uncle hussien kan?
hehe
saizul : hahah..x mrh2 pun.mmg tanagn aku ni x bedung..tu yg senget.
miezi : tak. aku tak cakap ko jahat. betul. tak tipu.
noli : potret mane satu? haha
afida: bdk kg mu tu name Obama kot?
niwtode : baik, cikgu
razor : ya, tepat!10 markah utk anda..hahaha
Makin bagus la lukisan potret mung.. Teruskan!
mcm muka mawi pun ade jgk yoe.. hehehee..
NHA : ye, aku akan teruskan jika ada kelapangan
palie : kena lukis muka ekin laa plak sebelah die eh?
Macam Encik Harun Salim Bachik je.. cuma spesis hensem siket
Post a Comment