Sunday, November 9, 2008

Gambar Orang Tidur



Uhuk..uhuk. Maaf, tersedak sedikit. Aku tersedak bukan kerana ada orang kutuk atau umpat aku. Tetapi sedang aku membelek-belek e-mail lama, terjumpa satu gambar ni. Gambar yang juga aku lukis semasa di India dulu. Gambar seorang mamat yang duduk di belakang aku waktu kuliah. Biarlah aku nama-kan dia Lan. Alamak, tersebut nama sebenar! Ok lah. Anggap sahaja kamu tidak membaca ayat sebelum ni tadi. Biar-lah aku namakan dia Mr. L(bukan nama sebenar).

Mamat ni memang kuat tidur. Dah puas aku nasihat dia. Tapi dia memang degil. Walaupun ramai lagi yang tidur masa kuliah, aku lukis gambar dia sebab dia botak dan muka dia senang di lukis. Ala-ala 'chubby' gitu. Walaupun dia kuat tidur, tapi dia pandai. Aku tak tahu bagaimana dia menyerap ilmu masa kuliah tu. Hebat betul dia ni. Kalau pertama kali jumpa, mesti ramai orang akan ingat dia ni samseng. Memang pun. Bila bercakap, suara mesti nak 'control' macho. Perasan ketua yakuza la tu. Tapi dia baik. Serius aku cakap. Kami panggil dia 'pengetua'.

Seorang yang pandai, baik, bersopan-santun, berbudi bahasa, bertatasusila, setia pada Raja dan negara serta comel. Sekian.

Pesanan kepada Mr. L : Kalau anda terbaca nukilan ini, aku hanya nak beritahu, tulisan pada perenggan terakhir tadi bukan-lah datang dari hati aku yang ikhlas. Aku mengharap-kan balasan. Mungkin minum petang di Subway? Atau makan malam di atas bot di tasik Putrajaya, barangkali?

16 comments:

masz14 said...

uhuh nak wat per atas bot???
i still remember kemeja lan yg berwarna dark green itu... gambo ni (real lan, bukan lukisan )ada dlm henpon lama aku.ko yg tangkap gambo tu kan yoe? tp gambo tu dah takde sbb henpon aku dah lame kene jual! oh memories...

theblabber said...

sgt jeles dgn mereka yg sebegini..tido pun boleh serap ilmu jugak

Afida Anuar said...

Aku pun akui Mr L tu memang comel.(leh arr Mr L blanje aku dinner kat village view ni..eheh)

Saat yang paling aku x leh lupa pasal Mr L ni ialah masa dia mengetuk meja dengan kuat sehingga mengejutkan 99 orang yang berada di dewan kuliyah itu...chuumel sangat masa tu..harharharharhar

Anonymous said...

hah? minum petang? dinner? bole.. bole blah!!! hahaha.

saizulhafiz said...

erm...aku pun selalu tido opis sejak xde keje ni;.hahahhaha

unicorn said...

maslina : buat ape lagi kat atas bot, dating laa.hahaha...ruginya hp tu dh xde.patut ko simpan, tunjuk kat anak cucu ko.mana la tau time tu Mr.L dah jd CEO TNB kan

miezi : tu laa psl,bro..aku try gak tido time lecture. tp xjadi. dorang ni pakai bomoh kot?hahaha

afida : kipas lagi...kipas lagi..die tgh kembang tu

mr. ell : cis! ok la..xleh minum ptg, diner.orait?

saizul : tido kat ofis time xde keje xpe. dibenarkan. aku pun selalu buat. syok kan tido dlm air cond?hahaha

Anonymous said...

tu laa psl,bro..aku try gak tido time lecture. tp xjadi. dorang ni pakai bomoh kot?hahaha

cis.. xbole blah.. bkn ke area kita dikenali sbg "lubuk beradu"? aku, ko, mas, fazan, palie, jai, martha, mekdi.. kan dah kena petik nama hahaha..

fida : TQ. I know I'm chumeyll. Aww gitu!! tp bila ingat balik masa aku ketuk meja tu, rase mcm nk nyorok bwh meja je hahaha budus tol la..

Adam. said...

Ah,bila kau nak lukis gamba Mus tido kt pejabat?
takpon gambar aku tido masa khutbah jumaat?

haha!

unicorn said...

hafeez : xleh lukis gambar Mus tido. nanti die xnak belikan aku nasik lemak pagi-pagi lagi dah. time khutbah aku pun tido, camane nak lukis gambar ko? hahaha

[Palie] said...

hahaha.. lawak2... aku skali tgk gamba nie dah tau sape.. ko xtulis pun aku tau yoe.. hahahaa.. tu spek baru die kaler putih tu kan?? jambuuuu siooott.. spek petak kaler putih..

ooooiitt lan, ape main petik je nama aku nie? aku mana ade tido, aku pejam mata jek.. kekeke..

errkkk lan ketuk meja? bukan die ketuk die x sengaja terketuk.. tol kan lan? tp seye, gempak siottt.. mmg paileng la ko time tuuu..

masz14 said...

ntah nye lan pandai je petik nama kita. padahal dia ngan yoe tu yg buat tpt kita jadi target. bile aku gelakkan dia marah lak sampai ketuk meja.
aku ni bukan saje taknah tido, pejam mate pon tak penah (time ada pengajar la.. time takda br aku landing baek punya gaya snooker bak kate fzan).

Afida Anuar said...

paileng tu apa palie?

Aku pn terkejut.Aku yg kat belah sana ketar habis time lan terketuk meja dengan kuat tu. ingatkan Lan nk mengamuk ke hape..ehehe..

Rupanye terketuk dengan kuat secara tidak sengaja..macho arr:p

unicorn said...

palie, maslina, afida : jangan sindir makhluk yang aku lukis di atas berlebih-lebihan. bimbang beliau merajuk dan membawa hati kelak.

Anonymous said...

haha, aku masih ingat bunyi kuat yang datang dari arah tempat dudok korg. tp aku tatau ape kes..

[Palie] said...

makhluk tersebut mempunyai hati ke? igtkan tidak mempunyai.. hehehee..

unicorn said...

niwtode : biarlah ia kekal misteri

palie : ade.tapi xtau la besar mane.hehe