Wednesday, November 5, 2008

Di Sudut Termenung Jauh...

Bilek termenung adalah satu lagi nama samaran bagi sebuah bilek yang dalam bahasa kasar-nya kita panggil 'jamban'. Dalam bahasa sopan ia di panggil tandas atau 'toilet' dalam bahasa Inggeris. Sesuai dengan nama manja-nya, bilek termenung memang satu tempat yang mana banyak masa di habiskan dengan termenung sambil menunggu proses penyahtinjaan selesai. Kadang kala ia memakan masa hanya selang beberapa minit, setengah jam atau mungkin juga sejam, bergantung kepada apa yang di telan dan berapa efisien-nya ginjal dan pankreas kita berfungsi.


Salah satu contoh bilek termenung tradisional

Selain daripada termenung mengenangkan untung nasib, ada lagi beberapa cara yang kita boleh lakukan dalam bilek tersebut. Sila baca entry ini dengan matlamat 'for the sake of knowledge', bukan dengan imaginasi bilek yang berbau kurang harum dan hasil-hasil kumuhan yang tidak patut di lihat.

Antara perkara-perkara yang aku fikir kita boleh lakukan dalam bilek kecil lagi seram itu sambil menunggu proses perkumuhan selesai adalah:

i) Membaca. Memang membaca itu jambatan ilmu. Tapi membawa masuk bahan-bahan ilmiah ke dalam bilek ini adalah sangat tidak di galakkan sama sekali. Selain tidak elok dan biadap terhadap ilmu, aku juga tidak sanggup membeban-kan otak aku berfikir sesuatu yang serius semasa proses kumuhan berlaku. Apa yang aku maksud-kan di sini adalah bahan bacaan ringan seperti komik atau majalah atau Harian Metro. Tapi jangan bawa masuk komik yang terlampau kelakar. Bimbang jika dekahan ketawa yang melampau akan mengganggu proses perkumuhan.

ii) Merokok. Ramai yang telah mengamal-kan perkara ini, terutama-nya bagi perokok tegar. Mereka kata ia melicin-kan lagi proses perkumuhan di samping menenangkan kepala. Aku pernah sekali cuba. Tapi tidak sedap. Bagaimana aku boleh menyedut dan menghembus gumpalan asap tersebut bersama dengan aroma semula jadi bilek itu? Jijik betul.Tak boleh bla...

iii) Menyanyi. Inilah masa yang sesuai untuk kamu mengasah bakat dalam nyanyian. Tanpa kutukan, tohmahan dan kritikan pedas dari juri atau audiens. Kalau hendak lagi menarik, bawa sekali gitar. Menyanyi sambil di iringi petikan gitar. Atau jika bilek termenung kamu cukup luas, bawa masuk satu set drum. Mana tahu, boleh jadi studio jamming satu hari nanti?

iv) Bermain permainan konsul berkomputer. Permainan konsul berkomputer di sini meliputi segala versi PlayStation dan X-Box. Konsul berkomputer keluaran Nintendo dahulu yang terkenal dengan siri permainan Mario dan Tetris juga boleh di ambil kira andai masih ada dalam simpanan. Aktiviti ini boleh jadi sangat melekakan, jadi jangan sampai kamu terlupa tujuan sebenar kamu ke bilek termenung tersebut.

v) Berbalas SMS dengan kekasih gelap. Jadikan peluang waktu kamu bersendiri ini untuk mengeratkan silaturahim dengan si dia. Kesunyian dan keheningan akan membuatkan kamu lebih kreatif dalam merangka ayat-ayat romantis untuk menambat hati si dia. Untuk lebih tips, SMS On Cinta dan hantar ke 33999.

vi) Beradu. Beradu di sini bukan bermaksud bergaduh dengan sesiapa. Beradu di sini bermaksud tidur. Untuk orang yang kuat tidur, memang sangat sesuai. Sementara menanti sessi perkumuhan selesai, guna-kan sepenuhnya masa untuk melelap-kan mata dan merehatkan minda kamu. Tanpa gangguan. Untuk tidur yang lebih berkualiti, bawa bersama bantal dan tilam ke dalam bilek termenung kamu.

Mungkin ada lagi cara lain untuk mengisi masa lapang di dalam bilek termenung yang aku tidak terfikir-kan. Mungkin lebih eksotik dan bermanfaat. Cuba-lah mana-mana cara yang kamu suka atau cara yang tersendiri. Sekurang-kurang-nya masa kita akan terisi daripada hanya termenung kosong. Ingat, masa itu emas!

16 comments:

saizulhafiz said...

satu g..kalo sapa nk merasa keadaan sauna.lepas je korg bersukan masuk terus tandas...compen korg akan rs sauna...peluh x hengat...

Afida Anuar said...

Adehhh..yoe yoe..mmg poyo arr:P

Call me -fa- said...

erk!!!

sy ade satu soalan...

kalu sembelit...ade tips yg berguna tak??

p/s:: aku tak sembelit okk

theblabber said...

haha..semua2 tu aku penah cuba, kecuali beradu. Erk

unicorn said...

saizulhafiz : fuh..bagus tuh..sehat badan aku kalo hari2 sauna

fida : ler...awat nye?

reha : makan pil chi kit teck aun sambil lari setempat

miezi : ko penah main x-box dlm toilet ke?dasat btol ko..hehe

Noli said...

err..tumpang lalu..
jln2 dn jupe nih..

haa?jamban..wohoo..

masz14 said...

tak tahan.. tak tahannn aku bace nukilan ko nih yoe.. ko takde keje ek cakap pasal jamban. siap dgn research mendalam tu.. tsk tsk tsk....

unicorn said...

qica@noli : sila-lah lalu..sila, sila

maslina : tu aku ckp, jgn sempitkan minda kita yg jamban tu semua benda yang buruk2 je...cuba bayangkan kalau benda kumuhan tu kita simpan, x di keluar-kan?boleh rosak ginjal woo..di situ penting-nya bilik kecil ni..heh

Anonymous said...

haha...cerita pasai jamban?kui2..ada2 saja..walaubagaimanapun,bagus2.
byk masalah kalo di jamban.jamban awam apatah lagi.

Anonymous said...

wargh!! lawak giler entry ko. terganggu proses perkumuhan aku. agak bersepah jadinya.

tajuk entry mcm lagu Hujan je. tgh jiwang ke kawan?

unicorn said...

wr@ : betul tu...sekurang-kurangnya tips-tips ni boleh buat kite lupe jap problem2 psl jamban nih..eh, bilik termenung

unko-man : sorry sbb membuatkan proses perkumuhan ko terganggu. aku xde niat pun..sumpah! aku dgr lagu Hujan mase dlm bilik termenung aritu

agHoo said...

bilek termenung adalah tempat mencari ilham n kt situla mu slalu dpt ilham..tol x org kampong??

Anonymous said...

yoe, cepat ar update blog! nak baca ni...bosan ar kat sini..

unicorn said...

aghoo : ade gak la sekali dua...hahaha.tp bukan selalu

putixue : uiks, bosan kalu, pegi laa jalan-jalan kat singapore tu. pulau sentosa ke. jgn lupe beli-kan aku laici dlm tin

Anonymous said...

sms bole, tp mms jangan! haha!

anyway, 'bilek' tu bahasa melayu lama. skrg dh jd 'bilik'.

unicorn said...

malayan : aku mmg suke gune perkataan lama. mcm chantek etc...pengaruh Hujan la semua nih.