Wednesday, November 19, 2008

Jangan Di Benci Perpisahan Itu

Seringkali kita persalah-kan ‘perpisahan’ andai kita berada pada detik itu. Tidak-kah kita sedar bahawa ‘perpisahan’ hanya menjalan-kan lengkapan putaran kehidupan yang memang telah diciptakan berpasang-pasangan? Malam dan siang, hidup dan mati, jantan dan betina. Begitu juga ‘perpisahan’. Detik itu hanya-lah pelengkap kepada pasangan-nya, ‘pertemuan’. Setiap yang bertemu pasti akan berpisah, bukan?

Namun, kenapa kita sering benci pada ‘perpisahan’? Bukan-kah kita sepatut-nya lebih benci pada ‘pertemuan’? Kalau kita tidak bertemu, maka tidak akan terjadi perpisahan. Secara logik-nya, sepatut-nya begitu. Tidak wajar kita membenci ‘perpisahan’. Kerana ‘perpisahan’ lah yang memberi kita kenangan. ‘Perpisahan’ juga mengajar kita erti suatu penghargaan. Sudah menjadi kebiasaan kebanyak-kan homo-sapiens, mereka lebih menghargai sesuatu apabila ia telah tiada. Apabila mereka sudah merasa kehilangan. Tatkala itu-lah seribu macam rasa penghargaan dan mungkin juga kekesalan akan membadai tiba.

Lantas, apa makna-nya ‘pertemuan’ kepada kita? Apa perlu-nya kita bertemu andai tidak mahu berpisah? Lebih baik duduk di rumah, kunci-kan pintu, tonton televisyen sambil makan kacang sampai mati. Lebih mudah begitu, bukan? Tidak perlu bertemu sesiapa dan tidak perlu menangisi perpisahan. Namun apa erti-nya kehidupan jika itu yang kita pilih. Tiada makna.

Kehidupan yang hambar dan membosankan. Kenapa perlu melawan fitrah kehidupan? Kehidupan yang sebegitu hanya mengundang kepada kesunyian. Bukan-kah kesunyian itu membingit-kan? Kita mungkin tiada di alam ini jika tidak ada ‘pertemuan’ kedua orang tua kita. Merasa tiap hembus udara yang dicipta-kan percuma, mendengar kicauan burung dan menatap indah kerdipan kejora.

‘Pertemuan’ itu akan mengajar kita erti persahabatan. Kita akan lebih mengenali siapa mereka dan siapa kita. ‘Pertemuan’ juga akan mengajar kita erti kaseh dan sayang. Kita tidak akan bersama dengan si dia andai tidak bertemu. Kita tidak akan kenal akan si dia andai tidak ketemu. Usah di khuatiri tentang ‘perpisahan’ itu. Kerana ia pasti datang. Tidak cepat, lambat. Ia pasti tiba. Betapa berharga nya dia, betapa kaseh-nya kita pada dia, Izrail akan datang memisah-kan kita pada pengakhirannya. Kurung-lah dia dalam almari, sorok-lah dia dalam peti besi. Ikat-lah dengan rantai besi, andai tiba detik ‘perpisahan’, ia pasti terjadi.

Bertenang-lah. Kerana kita tidak tahu siapa yang akan kita ketemu esok. Kerana esok masih di alam ghaib. Malah kita tidak tahu ada atau tidak ‘pertemuan’ dengan hari esok. Nikmati-lah hidup ini perlahan-lahan. Jangan-lah membenci ‘pertemuan’, kerana ia akan sentiasa membawa kita ke dalam episod baru kehidupan. Jangan juga di benci ‘perpisahan’ itu. Kerana ia akan membawa kepada ‘pertemuan’ yang baru. Saat kita berpisah dengan alam ini, bukan-kah ia satu detik baru ‘pertemuan’ dengan alam barzah sebelum ‘berpisah’ lagi dan ‘bertemu’ dengan alam hakiki?

Berputar-lah dengan roda kehidupan itu. Kerana kita tidak bisa keluar dari putaran-nya. Tiada siapa tahu rahsia ‘pertemuan’ dan ‘perpisahan’. Detik bila dan sebab-nya. Kita hanya pelakon. Yang mana skrip-nya dari pengarah yang di atas sana.

16 comments:

Afida Anuar said...

Dulu aku benci perpisahan. tp lepas baca entry mung ni...dia buat aku insaf... aku kene ajor diri aku sukakan perpisahan..

p/s:weh berapa lori nak kene beli kacang nk buat bekalan nok makan sampai mati ek?erkk..gagaga..

Noli said...

jgn pisahkan..aku dan dia..
tuhan tolonglaa..lalala..

errr..out of topic..sory

berbuat baiklah hari ini,mn tau kiter akn 'berpisah' esok..

saizulhafiz said...

kdg2 berpisah ni elok..mencari sesuatu yg lebih baik.hehee

Call me -fa- said...

berpisah kerana Allah...pasti ade hikmah disebaliknye

theblabber said...

betul tu, pertemuan la segala2nya. Erk

unicorn said...

fida : susah nak suka-kan perpisahan. cukup laa kalo kite boleh redha je dgn detik tu

qica : sentiasa-lah berbuat baik

saizul : erk...bercakap dari pengalaman ke nih? hehe

fa : saya setuju dgn saudari.

miezi : adat kehidupan semua tu. bertemu dan berpisah

masz14 said...

upacara pertemuan & perpisahan tu aku dah lalui dah dgn ko n infoscions yg lain.. berpisah tak semestinya terputus terus. melainkan berpisah melalui kematian. anyhoo im glad our path crossed lah... hehehe..

Anonymous said...

aku tak sedih dengan perpisahan, tapi aku takot dengan perpisahan.

agHoo said...

tol2 tu aku sokong..
setiap pertemuan akan ada perpisahan.
hilang satu berganti satu,
ilang 2 berganti 3 wakakaka..

Husna said...

sememangnya prpisahan itu lumrah..namun x ramai manusia mampu menghadapinya kerana pertemuan itu sungguh asyik dan indah..keasyikn dan keindahan sebuah pertemuan membuatkn kita lupa bhw perpisahan adlh pelengkapnya...

Adam. said...

Ada perpisahan yg bawak kebaikan juga.

Mcam yang jadi kt aku dulu.Aku kdg2 bersyukur sbb berpisah dr dosa2 aku dulu.heh.

unicorn said...

maslina : depends on how we connecting each other. ade yg lepas berpisah, terus enyap. distance pun kdg2 memainkan peranan

niwtode : kenape perlu takut? takut kehilangan?

aghoo : 'hilang satu berganti satu,
ilang 2 berganti 3 wakakaka..'

err..agak 'womanizer' sedikit bunyi ayat di atas tu. eheh

nhusna : memang xleh lari. manusia mmg pelupa.

El' Mar : Betul tu. perpisahan kadang-kadang adalah jalan yg terbaik

xaximie said...

yoe! ko kene photo-tagged (refer kt blog aku)

aku tau ko xkan post pic ko dlm nih. so instead of ko amik gmba.. aku suggest ko lukis gmba ko n post dlm blog ko. hehehe.. selamat melukiss..

unicorn said...

xaximie : eh?

yuzreen said...

nice thought..
meaningful writing..
tersentuh baca entry ni..
terima kasih memberi kesedaran :)

unicorn said...

yuzreen : sama-sama. just my 20 cents