Friday, November 21, 2008

Photo-Tag Oleh Cik Xaximie

Cik Xaximie dari Sarawak telah meng'tag' aku semalam. 'Photo-tag'. Aku pun tidak pernah tahu ada spesis tag seperti ini. Mengikut cik Xaximie lagi, antara peraturan-peraturan 'photo-tag' ini adalah :

1. Take a recent picture of yourself OR take a picture of yourself right now.

2. Don't change your clothes, don't fix your hair... just take a picture.

3. Post that picture with NO editing.

4. Post these instructions with your picture.

5. Tag people to do this.

Jadi, seperti yang cik Xaximie sendiri sedia maklum bahawa aku tidak memiliki kamera, malah jika ada sekalipun aku tidak mahu menaik-muat(upload) gambar aku di sini, maka aku di beri sedikit kelonggaran oleh cik Xaximie untuk melukis gambar aku, mengikut peraturan di atas.

1. Aku sudah lakar-kan diri aku sekarang. Di pejabat.

2. Aku tidak tukar baju. Lihat itu baju syarikat aku. Walaupun logo-nya agak merapu. (Hey, sukar untuk lakar-kan dengan ms-paint, ok?). Seluar hitam. Rambut tidak di usik.

3. Aku tidak mengubah apa-apa pada gambar ini. Objek warna kelabu di depan aku itu adalah papan kekunci. Sengaja aku warnakan kelabu untuk tidak mengelirukan cik Xaximie.

4. Sudah.

5. Cik Xaximie suruh aku tag orang lain pulak. Baik, aku tag orang-orang di bawah :
Mustafa ( Beliau ada telefon bimbit berkamera baru)
Saizul (Beliau ada kamera mahal yang aku tidak reti nak menyebut-nya)
Maslina (Aku tahu kamu juga memiliki kamera)
Miezi (Aku tidak pasti kamu ada kamera atau tidak, tapi aku selalu nampak wajah kamu menempel dalam gambar-gambar orang lain)
Hafeez (Aku mahu gambar kamu sekarang, bukan gambar Neo atau kaki kamu)
Magenta (Sebab aku tidak pernah lihat gambar kamu)
Saharil (Aku tidak berharap sangat kamu akan menaik-muat gambar kamu. Tapi kalau ada, aku kira satu bonus untuk aku)
Halimah (Aku mahu lihat gambar kamu di kota Singa)

Ramai betul aku tag. Maaf ye. Sila cari cik Xaximie. Sekian.

9 comments:

theblabber said...

imcik yoe, sudah 3 org meng"tag" sy dgn perkara yg sama. namun, ntah bila gamaknya diriku ini akan terpanggil utk menyahut seruan ini.

Anonymous said...

gambar kat tempat keje je kan? hehehe

Call me -fa- said...

hahhahhaha....

yg biru kat baju kamu tu logo ketupat ek????

Adam. said...

haha.
mmg sebijik kau lukis senario kt ofis tu.
multinasional ke company kau tuh?
ada soalan disitu!

Anonymous said...

fuh.. sib baik x kena.. kekeke..

xaximie said...

hehehe.. time kasih sbb menyahut cabaran tag mengetag nih (heh.. cabaran ke? kalo letak gambo betul2 baru jadi cabaran.. betul x? hehe :P~)

shauqi said...

haha.. smart siot.. paling cantik baju putih yg ade logo kompeni ko tuh..hahaha.. kompeni ape tu yoe? mesti "bagus" kan..

unicorn said...

miezi : xpe. tiada paksaan dalam Islam

putrixue : x semestinya. gambar waktu ko bace yg ko kena tag tu. tangkap timw-timw tu gak.

call-me-fa : lebih kurang laa..ade iras-iras ketupat. tp aku mls nak lukis detail sgt. haha

hafeez : aku biarkan saja persoalan ko tergantung di sini. biar hidup ko terus di selubungi misteri..haha

selamat den : ko xde bg link page ko, mmg la x kena tag. selamat lg buat mase skg. lepas ni belum tentu lg.

xaximie : sama-sama. aku ade kuasa untuk mengubah rules tag nih. sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

unicorn said...

shauqi : company ni memang "bagus". ada bonus hujung tahun sampai 8-9 bulan, ade OT, ade trip pegi luar negara...(sekadar imaginasi dan harapan penulis)