Friday, January 2, 2009

Percubaan Kali Pertama

Datang ke pejabat hari ini di sambut dengan sunyi sepi dan kosong. Ya, tempat meletak kereta yang masih banyak kosong walaupun aku tiba lewat. Jika tidak, usah bermimpi untuk mendapat 'parking' selepas pukul 10 pagi.

Membunuh masa-masa terakhir sebelum keluar mengisi perut dan ke masjid, terlintas untuk aku mencuba melakar potret menggunakan Paint kali ini. Kenapa aku pilih mamat di bawah ini? Aku sendiri pun kurang pasti. Mungkin wajah pejuang revolusi Cuba kelahiran Argentina ini popular dan sering terpampang di mana-mana. Jangan pula anggap aku berideologi-kan fahaman si Marxist itu. Sekadar mencuba lakaran sesuatu yang baru selain daripada wajah-wajah haiwan dan karikatur.


Jika di tanya bahagian mana paling sukar untuk aku lakar-kan, jawapan-nya pada bahagian misai beliau. Majoriti masa aku lebih kurang sepuluh minit habis untuk meng'adjust' misai itu sahaja. Jika tidak kerana perut aku ini yang berkeroncong, pasti aku akan menghabis-kan masa yang lebih lama pada misai si Guevara ini.

Baik-lah di bawah ini adalah gambar yang aku rujuk untuk lakar-kan gambar di atas. Mungkin untuk siapa-siapa membuat perbandingan dan mencuba lakaran wajah ini. Pasti di luar sana ada yang lebih berbakat. Aku tahu itu.

Jika di tanya lagi, bagi aku hasil lakaran kali ini jauh dari aku berpuas-hati. Memang tidak puas-hati. Tapi aku akur, percubaan kali pertama, mana bisa sempurna. Aku ingin keluar bersantap dan bersolat Jumaat sekarang. Jika ingin tahu pasal makhluk di atas ini cari-kan sahaja di wikipedia.

Aku sudah lapar. Aku sudah lapar.

Chill !

16 comments:

Noli said...

yg bawah lg hensem laa..hahha

unicorn said...

noli : of course laa...hahaha

theblabber said...

yoe, sekali lg aku mengulangi dialog yg sama dgn kawan sebalah meja. cuma kali ni instead of asking "dia tak de keje ke?" dia ckp "wow, guna paint je?".

taniah2..

unicorn said...

miezi : terima kasih kpd kawan meja sebelah ko..tp aku mengharap-kan kritikan sebenar-nya

^eazy^ said...

kritikan ek..erm..dari segi sharpness kurang, bley tingkatkan lagi emosi kat mata die, satu percubaan yang agak bagus..cube lagi..

theblabber said...

tiada la jua kritikan kerana tidaklah juga kami sehebat anda nak melukis2 sebegini.

anyway, dtgkah selasa?? dtg awal, ada makan2 dan juga goodie bag pada kiraanku. aku berkira2 jika kalian tak dtg, makanya malas jua diri ini menghadirkan diri kerana tidak la aku mengenali sesape disana.

Afida Anuar said...

nk kritikan? ok... dengar nyer..eh baca yer..eheh

1. wajah yang dilukis menggunakan paint itu agak senget sket.Maksud aku bentuk muka. Boleh diperbaiki!!!

2. Rambutnya juga agak tidak real. Belah kanan rambut tersebut tidak sama dengan picture asal.erkkk..

3. Matanya juga walaupun hampir sama, tapi hakikatnya tetap lain.. dah jadi macam orang lain.. sket la.

4. Apa lagi ek? erkk..cukup la kut..hahaha, kang kritik banyak sangat, mung takmboh lukis lok..eheh

p/s: Leh mintak tulun lukis gambar aku dak gune paint ni? gagagagaga

apa pun saspek arr dengan bakat mung ...aku rasa leh masuk world book of record nih.huh!

unicorn said...

eazy : tingkat-kan emosi kat mata eh?hmm..kalau aku bg dia pakai spek ok x?haha...n'way thanx.appreciate that

miezi : insya-Allah jika tiada aral melintang patah membujur lalu

afida :
1- aku pun mmg rasa muka mamat ni senget sket.atau mungkin tgn aku yg kurang lurus?hehe

2- bukan rambut je. aku rase semua pun x sama.tp mmg susah sket nak bagi nmpk natural rambut tu. sbb pakai tetikus,kan.kalau pensil, maybe hasil die lain sket.

3- aku mmg saja xnak lukis mata dia lawa-lawa.takut cair plak pompuan yg melihat-nya.haha

4- terima kasih byk2.xpe, kritik je.aku xde hal.akan di perbaiki.

p/s : mls aku lukis muke mu.kang senget plak.haha..

n'way, ramai lg org yg handal guna paint ni.x caya, try bukak youtube.ada mamat tu boleh lukis kereta guna paint, tp hasil dia mcm guna brush je.mmg power aa tangan dia.

saizulhafiz said...

pepun lukisan yg meanrik dan berbakat besar...

Anonymous said...

aku rase gaya melukis ko ni.. tersendiri.
kalo ko lukih same cam poster yg betol, nnt orang ingat ko copy paste je, ye x?

lukih la senget2 lagi

shauqi said...

perggh.. ko mmg berbakat yoe. semat sgt dah ni. dah la guna paint

BudAk hijAu said...

saspek gua ngn lu...
tabik spring dh nie...
guna paint jew..haih!

unicorn said...

saizul : terima kasih

niwtode : a'ah..betul gak ko ckp tu kan.kalo jd sejibik cam poster tu, susah plak org nak tau mane satu aku yg lukis,kan?ok2, lps ni aku lukis senget2 je...thanx for the idea..haha

shauqi : aku yg semat ke, mamat yg aku lukis tu semat?

budak hijau : terima kasih..haih!

shauqi said...

mamat yg ko lukis la semat..haha

Anonymous said...

kau boleh menajamkan lagi kualiti lukisan dengan menggunakan digital pen instead of mouse.

try usha harga digital pen kat lowyat.

http://www.amazon.com/Logitech-io-Personal-Digital-Pen/dp/B00006JP23

sebab itu mamat dalam video youtube tu mampu menghasilkan lukisan kereta dgn hanya menggunakan paint dengan begitu accurate sekali.

:D

unicorn said...

shauqi : oh yeke... =( (keciwa)

painters : ler..pakai digital pen ke? tertipu aku...