Saturday, November 1, 2008

Balada Pemuzik Jalanan

Zip beg hitam itu perlahan-lahan gua tarik. Sebuah gitar kapok gua keluarkan. (Apa penjodoh bilangan untuk gitar? Sebuah ke sebijik?). Ini lah gitar kapok kesayangan gua. Yang banyak berjasa kat gua. Eh, bukan gitar kapok. Bunyi macam orang sengkek. Sebut saja gitar akustik. Nampak macam seniman sikit, kan?

Gua lepak jap atas bangku simen yang ada pokok kelapa di tengah-tengah-nya tu. Bagus DBKL ni, menyahut seruan kerajaan nak menghijaukan kota. ‘Slow-slow’ gua hembus asap rokok. Carik ‘feel’. Molekul-molekul asap putih yang berlanggar dengan zarah-zarah udara menghasilkan ruang-ruang kosong yang pantas di isi dengan segala kekusutan dan permasalahan hidup gua. Lantas datang angin menyapu gumpalan campuran asap, udara dan kebejatan dari otak gua itu ke tempat lain. Terasa sedikit ringan kepala hotak ini. Lepas hembusan terakhir, gua campak puntung rokok tu tepi jalan. Alamak, penguatkuasa DBKL kat depan gua! Dia pun dah ‘usha’ semacam kat gua. Perlahan-lahan gua ambik balik puntung rokok tadi tu, simpan dalam poket baju. Jangan buat main, beb. Melayang lima puluh ringgit nanti kena saman buang sampah merata-rata. Tak pasal-pasal je.

Gua bangun. Orang tak ramai lagi kat Pasar Seni. Masih awal. Baru pukul 4 petang. Lagipun bukan hari minggu. Gua mulakan ‘show’ hari ni dengan lagu ‘band’ Oasis. Lagu ‘warm up’, kena rancak-rancak sikit.

Talking to the songbird yesterday, flew me to a place not faraway,
Shes a little pilot in my mind, singin song of love to pass the time’

Tenang dan santai gua habiskan lagu itu. Tiga empat orang pengunjung gua lihat terhangguk-hangguk kepala mendengar lagu tadi. Layan.

“Brader, lagu M.Nasir boleh main tak?”

“Lagu ape?”

“Apa-apa je lah…”

“Ok lah, gua main ‘Sentuhan Listrik Mu’ tu, boleh?”

“Boleh brader…layan!”

Mamat baju hitam tu tersengih. Macam kerang busuk.

Inilah kerja gua. Pemain gitar jalanan di tepi Pasar Seni ni. Dengan gitar kapok ni, eh silap. Dengan gitar akustik ni lah gua petik setiap hari, buat mencari sesuap nasi. Gua letak sebijik topi depan gua untuk orang letakkan wang.(Penjodoh bilangan topi apa?). Tak kisah-lah berapa yang mereka mahu letak. Seikhlas yang boleh. Upah untuk gua menghiburkan mereka.

Dah empat tahun gua kat Kuala Lumpur ni. Dah empat tahun gua buat kerja ni. Kalau gua datang, dah ada orang buat ‘show’ kat sini, gua main dekat depan Dayabumi tu. Tak pun kat stesen LRT KLCC. Malam biasanya gua main kat Kampung Baru. Kedai nasik lemak belakang Kelab Sultan Sulaiman tu. Hidup gua ni sama lah macam ayam. Pasal apa sama?

Lu pernah dengar peribahasa ‘carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum semula’? Eh,bukan yang tu bro..Peribahasa ni, ‘Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Haa, yang ni baru betul. Macam tu lah hidup gua. Kadang-kadang tu dapat laa dua puluh ringgit sehari. Kalau hujung minggu banyak laa sikit biasanya. Tapi dengan keadaan harga barang yang makin naik sekarang, mana cukup? Sewa rumah, tambang LRT lagi. Karipap yang mak cik Senah jual depan masjid Jame’ tu dulu tiga seringgit. Sekarang dua seringgit. Gua memang selalu laa ‘miss’ soru. Kadang-kadang ‘breakfast’ je. Kadang-kadang ‘lunch’ je. Kalau dapat lebih, boleh laa ‘breakfast’, ‘lunch’ dengan ‘diner’. Kalau nasib tak baik, tak makan langsung. Puasa la gua hari tu.

Tapi gua tak kisah. Itu rezeki gua. Gua seronok buat kerja ni. Gua ‘happy’ bila tengok orang-orang terhibur. Menyanyi sekali dengan gua. Kadang-kadang tu mat saleh datang tengok. Tepuk tangan sekali. Gua seronok. Ini memang jiwa gua. Gua tak kacau orang. Gua tak peras ugut orang. Gua tak makan duit projek. Gua tak main politik wang. Gua tak kacau hidup lu. Lu pun jangan la kacau hidup gua. Jangan hina gua.

Salah ke gua buat kerja ni? Orang selalu pandang serong kat orang-orang macam gua. Gua rambut panjang, orang cop gua pecah rumah. Gua muka cengkung, pakai jeans koyak kat lutut, orang kata gua hisap dadah. Gua bukan suka-suka macam ni, bro. Nak makan pun selalu tak lepas, mana gua ada duit nak gunting rambut? Nak beli seluar baru lagi laa. Jeans ni pun abang gua punya. Gua ‘kebas’ masa nak datang KL empat tahun dulu. Kenapa nak hina gua? Lu ingat orang yang banyak duit, pakai ‘smart’ tu semua baik ke? Kurang-kurang gua tak rasuah, tak ambik duit rakyat.

Gua ada impian. Gua nak jadi terkenal. Gua nak lagu kan karya-karya gua. Gua nak jual hasil seni gua. Biar semua orang dengar. Orang-orang seni macam M.Nasir, Kopratasa, Imuda semua bermula di sini. Di Pasar Seni. Search pun pernah main tepi jalan, kenduri kahwin. Tak kan gua tak boleh? Mungkin belum sampai masa gua lagi. Gua ada jugak hantar ‘recording tape’ gua kat dua tiga syarikat rakaman, tapi belum ada ‘reply’ lagi. Gua sedar, gua tak ‘handsome’, tak ada pakej nak jadi artis, tapi gua yakin dengan bakat gua. Tunggulah suatu hari nanti.

Cuma jangan hina gua. Itu aje gua mintak. Gua pun manusia. Ada hati. Ada maruah. ‘I got waterface, you know!’. Sori, ter'speaking' laa pulak. Emosi sikit.

Titik-titik hujan mula turun. Aiseh, ‘show’ gua habis awal hari ni. Gua masukkan gitar dalam beg, tengok dalam topi baru ada empat ringgit. Gua angkat topi, terus lari masuk Pasar Seni. Tak pe lah. Cukup la buat makan malam karang. Ingat nak makan piza. Tapi nampak gaya dapat roti telur je kot. Hentam saja-lah, Labu. Janji perut gua tak berkeroncong malam ni.

11 comments:

It4Ch1 said...

P la apply keje kat spa nun..

Adam. said...

Peh,teringat kenangan waktu muda2.Waktu darah masih panas.

haha.

gambar lu lukis tu,nanti gua nak claim,masuk Ujang.

haha!

47 said...

wow, you're an interesting guy living a very interesting life!

selamat berkarya, dan goodluck! :)

Anonymous said...

testing 1 2 3.. tgk kali ni kuar x komeng aku..

haa.. ado pung.. cis.. ingatkan kena cantas ngn mung td yoe..

waa.. mcm cerpen bersiri dlm majalah ujang.. ke, mung penah jd penulis kat situ? hahaha apo2lah bro..

saizulhafiz said...

hehe...smua kerja asalkan rezeki hahal okeyla kan..bersyukur dgn apa yg ada..redha dan rendah diri...mcm team kita kalah smlm,rileks rendah diri.huhuhu...sedih sbnarnya.ahahhaha

unicorn said...

mustafa : aku akan cuba ikhtiar-kan. mane tau kot2 boleh jaga traffic udara same2,kan?

hafeez : teringat kenangan waktu muda2? bunyi mcm dah tua je lu nih? keep urself young laa,bro..haha

47 : what a surprise to read ur comment here. thanx for coming...best of luck to u too, bro!

@r374n2 : ape nick yg ko pakai nih? xkan laa aku nak cantas komeng ko...that day, aku xtau ape prob dia...enjoy!

saizul : xpe, bro..perjalanan liga masih pjg. ada chance lg nak menang. lgpun before game smlm, team kita satu je yg belum kalah. x syok laa cmtu kan? nk merasa gak kalah, kan?hahaha...you'll never walk alone!

theblabber said...

agree dgn 47!!
such an experience bro :)

unicorn said...

miezi & 47 : ni bukan experience aku..tp experience org lain. aku cuma menyampaikan je..bercerita dgn cara aku

Anonymous said...

yep...best juga jadi buskers.aku nyanyi dalam toilet je,asalkan ko happy n tak kaco orang wokeh lah tue.karangan ko best r.mesti BM ko score abis.

unicorn said...

wr@ : nyanyi dlm toilet tu salah satu cara release tension..satu lagi cara, menjerit dalam air...cuba-lah. manede aku score BM dulu..cukup2 mkn je. nasib baik xyah amik paper July je. lain menulis utk dpt markah dgn menulis utk x dpt apa-apa

Anonymous said...

bila nak update tajuk baru ni?sekarang tgh ada minat nk membaca nih... :p